#ABANGLONGFADIL

SKOP  #ABANGLONGFADIL     

ALF
ALF

ALF
// #AbangLongFadil

Filem ini mengisahkan kehidupan Abang Long Fadil selepas rakan baiknya, Malik dipenjarakan. Fadil yang suka berangan untuk menjadi gengster mahu menakluk Kampung Melayu yang terletak di tengah ibu kota untuk membebaskan diri daripada Geng Shark.

Shark yang sememangnya menjadi musuh dalam selimut Malik tidak senang dengan Fadil. Dia membuli Fadil dengan memberikan tugasan yang dianggap mustahil bagi semua gengster iaitu untuk menakluk Kampung Melayu yang juga kawasan penempatan yang sedang menghadapi krisis hak milik tanah peneroka dengan syarikat kapitalis yang mengupah sekumpulan gengster untuk mengugut penduduk kampung.

Pada masa sama, kawasan itu dipegang seorang gengster besar yang tidak diketahui identitinya dan tidak ada mana mana kumpulan gengster yang berani menakluk kawasan itu. Pelbagai peristiwa berlaku dalam percubaan Fadil untuk menakluk Kampung Melayu. Secara tidak sengaja, Fadil bertemu Adam, juga anak seorang pendekar dan mempunyai kekuatan luar biasa.

* Ini merupakan filem kedua arahan pengarah muda Syafiq Yusof
* Beliau merupakan pengarah, penulis skrip, cameraman dan editor untuk #AbangLongFadil
* Filem ini menggunakan kamera Ultra HD Red Epic
* Pre Production mengambil masa sebulan dan post production 7 bulan kerana proses CGI yang makan masa
* Keseluruhan penggambaran mengambil masa selama lima puluh hari
* Viper Studios merupakan anak syarikat Skop Productions yang dipimpin Syafiq Yusof sendiri
* Viper Studios team yang menghasilkan adengan VFX dalam filem ini
* Poster #AbangLongFadil dan logo terbaru Skop Productions dihasilkan oleh Viper Studios
* Muzik digubah oleh Imaginex / Colour correction oleh Basecampfilm

// Foto Galeri
// Social
Hakcipta Terpelihara © 2014 Skop Productions Sdn Bhd, 65-2,Jalan 3/23A, Taman Danau Kota Off Jalan Genting Kelang, 53300 Kuala Lumpur // design x AA